Thursday, January 13, 2011

Teknologi di dalam Pendidikan

Pendidikan

Pendidikan, mengikut pandangan secara umumnya adalah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Secara khusus pula, pendidikan boleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan atau interaksi di antara pengajar dengan pelajar di rumah, sekolah mahupun masyarakat. Daripada takrifan umum dan khusus tersebut, dapatlah kita simpulkan bahawa pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan, dan organisasi untuk mendidik pelajar-pelajar supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, dan menguasai kemahiran-kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa hadapan.
Setiap individu mempunyai peranan terhadap masyarakatnya dan usaha utama pendidikan adalah untuk menyediakan seseorang individu yang berupaya memainkan peranan yang positif dan berkesan dalam masyarakat. Untuk mencapai usaha utama tersebut, pendidikan menjadi suatu agen atau suatu saluran untuk meyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan semasa. Dalam masyarakat kita sekarang ini yang berada pada alam kemodenan, pendidikan menjadi sesuatu yang penting untuk menyediakan ahli-ahli masyarakat yang dapat menghadapi cabaran kehidupan dan pembaharuan serta pengubahsuaian demi memberikan sumbangan untuk pembangunan masyarakat tersebut.

Pendidikan telah didefinisikan dengan pelbagai tafsiran yang berlainan bagi setiap individu dan pengertian pendidikan sering berubah mengikut peredaran zaman, tujuan dan tugasnya. Menurut Plato (427-347 SM), seorang ahli falsafah yang terkemuka pada zaman Yunani, berpendapat bahawa pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates yang telah menyatakan bahawa pendidikan bertujuan untuk memberi latihan moral kewarganegaraan yang baik. Proses pendidikan dapat membentuk warganegara yang baik serta setia dan mematuhi undang-undang negara. Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), dalam bukunya FALSAFAH PENDIDIKAN, menghuraikan pengertian pendidikan sebagai suatu proses atau aktiviti seperti berikut:

1. Pendidikan sebagai proses persekolahan formal
2. Pendidikan sebagai proses perkembangan fizikal, intelek, sosial, dan emosi seorang individu.
3. Pendidikan adalah proses yang berterusan untuk kemajuan individu seumur hidup.
Berdasarkan pentafsiran-pentafsiran pendidikan oleh beberapa pakar dan ahli-ahli pendidikan di atas, kita boleh merumuskan pengertian pendidikan seperti berikut:

“Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat meberi kegembiraan, faedah, dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak secara rasional bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan negaranya.”

(Rujukan : http://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:CcbWdVE_3mEJ:zuhernady.tripod.com/Konsep_Pendidikan.doc+konsep+pendidikan&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEESirddUv3ENl2UY0hfCpjKBv6rixHuhcalhKvjCrgdChev64OkYsKG_CIAaBxr-5SNOrSMCz8Y83So8qjGNg78GVQuREElv533Fo4PTQP2RoGkKU9RkAw4awTBmnRXkNrU291_u3&sig=AHIEtbRH4MtSXv4niPzAatxd-Hkv_qby0A, Mok Soon Sang. 2009. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. )


Teknologi

Teknologi, satu aplikasi daripada sains, bukanlah terhad hanya kepada aplikasi secara fizikal dan alatan fizikal sahaja. Banyak kelebihan akan kita dapati jika diaplikasikan kaedah pemikiran atau penemuan terbaru tersebut ke dalam asas pengetahuan umum. Salah satu aplikasi yang paling banyak digunakan adalah komputer dan Internet. Sementara komputer adalah satu item yang nyata, kemampuannya untuk melakukan proses asas pemikiran dengan sangat pantas membolehkan perniagaan dan perdagangan berjalan dengan sangat cekap.

Internet pula tidak seperti komputer yang merupakan item yang tidak nyata telah mengubah kehidupan setiap orang di muka bumi ini. Semua orang boleh mendapati sesuatu maklumat dengan mudah hanya dengan menggunakan internet. Maklumat tersebut pula adalah maklumat yang terkini dan memaparkan keadaan sebenar tentang peristiwa yang berlaku di serata dunia. Bahkan komunikasi juga telah direvolusikan internet. Bukan sahaja surat dapat dihantar melalui internet, tetapi gambar, rakaman suara dan video yang mempunyai maklumat boleh dihantar juga melalui internet.

Manusia yang paling banyak terlibat dengan teknologi adalah jurutera yang menggabungkan maklumat saintifik dan prinsip untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Tanpa kita sedari, penyelesaian-penyelesaian tersebut adalah teknologi. Beberapa jenis teknologi yang sedang berkembang sekarang dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan kepada di mana mereka diwujudkan dalam cabangan sains. Sebagai contoh teknologi perubatan, teknologi nuklear, teknologi komputer, dan teknologi pendidikan. Percampuran pelbagai bidang telah mewujudkan kepelbagaian dalam teknologi dan pelbagai kelebihan sains. Gambaran Nuklear adalah salah satu contoh hasil daripada kepelbagaian teknologi tersebut. Dengan kefahaman tentang sains nuklear yang semakin maju masa kini, satu alatan telah dicipta yang membolehkan doktor-doktor melihat bahagian dalaman tubuh manusia dan memerhatikan apa yang berlaku dalam tubuh manusia. Alatan Pengimbas Ultra bunyi, MRI (Magnetic Resonance Imaging) dan CAT ( Certified Accounting Technician) adalah beberapa alatan daripada teknologi tersebut.

(Rujukan : http://www.businessdictionary.com/definition/technology.html), (http://www.yourdictionary.com/library/reference/word-definitions/definition-of-technology.html )


Media Pengajaran

Media Pengajaran adalah satu tahap kursus yang direka untuk memperkenalkan jurusan pendidikan dengan prinsip-prinsip yang menjadi dasar pengajaran dan bagaimana pengajaran boleh dimudahkan dan menjadi lebih berkesan dengan menggunakan teknologi. Media pengajaran ialah media yang membawa mesej tentang pengajaran dan ia juga adalah salah satu komponen dalam domain teknologi pengajaran. Media bermaksud saluran komunikasi. Media terbahagi kepada 2 bahagian iaitu media cetak dan media elektronik. Percival dan Elington (1984) membahagikan media kepada 2, iaitu:

1. Pelbagai alatan fizikal teknologi pendidikan seperti slaid, filem, perkataan bercetak dan lain-lain.
2. Pelbagai saluran komunikasi massa termasuklah surat khabar, televisyen dan radio.

Manakala Reiser dan Gagne (1983), mendefinasikan media sebagai sebarang cara fizikal yang digunakan untuk menyampaikan mesej pengajaran. Penggunaan media amat penting dalam pengajaran kerana ia dapat menyampaikan mesej kepada penerima sehingga dapat merangsangkan fikiran, perasaan, minat, serta perhatian para pelajar sehingga terjadinya proses pembelajaran. Penggunaan media juga memberikan kelebihan dalam proses pengajaran sebagai contoh memperjelaskan sesuatu mesej yang ingin disampaikan. Ini bermaksud, sesuatu mesej dapat disampaikan dengan jelas, terperinci, dan berkesan dengan menggunakan beberapa alatan dari sesuatu yang abstrak hingga konkrit. Antara kelebihan yang lain ialah penggunaan media tidak terhad. Ia merentasi batas ruang, masa, dan pancaindera. Pelbagai maklumat boleh didapati dengan mudah hanya dengan melayari internet. Jika seseorang guru menggunakan pengajaran media dalam pengajarannya dengan betul, bervariasi, dan berkesan, ia dapat menarik minat, meningkatkan kefahaman pelajar, memberi penjelasan yang kukuh, menjimatkan masa serta boleh diulang-ulang penggunaannya. Ini akan membuatkan seseorang pelajar itu lebih bersemangat dan teruja untuk belajar kerana apa yang diajar gurunya dapat difahami dengan jelas melalui pengajaran media guru. Kesimpulannya, media amat penting dalam proses pengajaran dan merangkumi keseluruhan proses pembelajaran sehingga dapat merangsangkan pemikiran, perasaan, perhatian dan minat seseorang pelajar.

( Rujukan : http://www.docstoc.com/docs/10717210/Topik-3---Media-Pengajaran), (http://www.scribd.com/doc/8449334/Media-Pengajaran )


Teknologi Pengajaran

Teknologi Pengajaran adalah penggunaan teknologi untuk membantu proses pengajaran dengan menggunakan alatan –alatan teknologi seperti komputer, cakera padat, media interaktif, satelit dan alatan-alatan teknologi yang lain. Menurut Galbraith (1987), teknologi ialah satu aplikasi sistematik tentang pengetahuan saintifik bagi menjalankan sesuatu tugas. Teknologi bukanlah semata-mata alat atau media sahaja, tetapi ia merangkumi proses dan idea. Untuk sesuatu teknologi itu berkesan, ia terletak pada proses serta idea teknologi tersebut dan kejayaannya untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alatnya pula. Ini bermakna, seseorang guru yang ingin merancang pengajarannya, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea sama ada dalam bentuk teori, konsep, kaedah, pendekatan, dan sebagainya adalah proses terpenting. Alat pula merupakan ‘laluan’ atau ‘pemangkin’ ke arah mencapai kejayaan. Menurut Evans dan Nation (2000), teknologi bukanlah alat, ia merupakan seni atau sains tentang bagaimana untuk menggunakan alat bagi tujuan tertentu.

Sesetengah pendidik percaya bahawa penggunaan interaktif, teknologi berasaskan komputer adalah sangat penting bagi meningkatkan pembelajaran dalam bilik darjah. Pendidik tersebut juga berpendapat kelebihan teknologi akan menjadi asas perubahan dalam struktur dan proses pembelajaran. Tetapi, ada juga pendidik yang beranggap bahawa teknologi hanyalah suatu alat yang memberikan kesan yang tidak seberapa dalam kualiti pembelajaran. Teknologi pengajaran adalah satu bidang jurusan yang menggunakan teknologi dengan tujuan untuk menyelesaikan cabaran dalam pendidikan, pengurusan bilik darjah mahupun persekitaran pembelajaran.

Sementara teknologi pembelajaran memberikan jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah dalam pendidikan, ia bertentangan pula dengan pihak pentadbiran dalam penggunaan teknologi dalam bilik darjah yang tidak biasa dengan jalan penyelesaian baru tersebut. Reaksi tersebut timbul mungkin disebabkan percaya atau takut yang matlamat teknologi pengajaran adalah untuk mengurangkan atau menghilangkan elemen manusia dalam pengajaran. Walau bagaimanapun, kebanyakkan teknologi pengajaran sentiasa memerlukan penglibatan manusia sebagai pengajar atau fasilitator.

(Rujukan : http://www.funderstanding.com/content/instructional-technology), http://www.scribd.com/doc/14989824/TEKNOLOGI-PENGAJARAN )