Wednesday, December 9, 2009

Siapakah musuh utama orang yang beriman???

Sebenarnya musuh orang yang beriman amatlah banyak sama ada musuh luaran atau dalaman.
Empat musuh menurut Imam Ahmad bin Sahl:
1.DUNIA
Senjatanya adalah makhluk, sedangkan penjaranya adalah uzlah.
2.SYAITAN
Senjatanya adalah kenyang, sedangkan penjaranya adalah lapar.
3.NAFSU
Senjatanya adalah tidur, sedangkan penjaranya adalah dengan berjaga malam. (dengan beribadat)
4.HAWA
Senjatanya adalah bercakap.sedangkan penjaranya adalah diam.

(PETIKAN DARI BUKU SOAL JAWAB A-Z Tentang TASAWUF TAPI ANDA TIADA TEMPAT UNTUK BERTANYA...ditulis oleh Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri)

Saturday, September 5, 2009

Soul Sickness

Soul Sickness can’t be cured with effort or will
Something else is needed if the soul is ill.
Climbing mountains high, or even a hill
Going through some kind of boot-camp drill
Will only distract, or at best, hours fill;
For Soul Sickness, there is no magic pill.

What the sick soul needs is time to be still
Empty itself from all, be naught and nil;
Until Grace of God, soul’s soil may till
And sow seeds of life, reap, take to the mill.

Monday, August 3, 2009

Heran Tak dengan perkara2 nie??

1.Aku heran melihat orang yang sudah tau bahawa dia akan mati tapi masih tetap tertawa dan tidak sedar

2.Aku heran melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa tetapi masih tetap mencintainya

3.Aku heran melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu

4.Aku heran melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta

5.Aku heran melihat orang yang sudah kenal neraka, tetapi masih melakukan dosa

6 Aku heran melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya

7.Aku heran melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya

(Ustman Ibn Affan)